Friday, 19 August 2016

Surah AlBaqarah (221)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 221:
Ringkasan tafsir;
Orang Islam samada lelaki atau perempuan itu dilarang khawin akad nikah dengan orang musyrik kafir, sehingga mereka itu telah beriman masuk Islam, barulah boleh dikhawinkan mereka itu.

Walau bagaimana pun berpandukan kepada ayat 5 surah Al-Maidah, lelaki Islam dihalalkan beristerikan ahli kitab yang asli (Yahudi atau Nasrani) dan bayarlah maskhawin nya dan jadilah suami isteri yang sempurna.

(Ayat 221 hingga 229 menerangkan tentang hukum nikah, talak, rujuk dan khuluk, dan bersambung kepada ayat dari 230 hingga 242).

[Previous] [Next]

Sumber,
Terjemahan,
[GS] https://sites.google.com/site/tmknajidyahoo/2/1
Ulasan;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr    

Pautan,






.


Saturday, 9 November 2013

Juzuk 5




24. Dan (diharamkan atas kamu) orang-orang yang bersuami dari perempuan-perempuan, kecuali siapa-siapa yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan kamu – sebagai satu ketetapan Allah atas kamu, dan dihalalkan bagi kamu orang-orang lain dari yang (tersebut) itu, buat kamu cari (isteri) dengan harta-harta kamu, pada hal berkhawin bukan berzina, maka siapa-siapa yang kamu mahu campuri dari perempuan-perempuan itu, hendaklah kamu beri kepada mereka mas khawin mereka sebagai satu kewajipan, tetapi tidak mengapa kamu beredaan-beredaan sesudah ketentuan, kerana sesungguhnya Allah itu pengetahui, bijak sana.
25. Dan  barang siapa dari antara kamu tidak mahu berkhawin mukmin yang merdeka, maka (ambillah) dari yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan kamu dari budak-budak perempuan kamu yang mukmin, kerana Allah terlebih mengetahui iman kamu, sebahagian dari kamu adalah dari sebahagian, maka bernikahlah kepada mereka dengan izin ahli-ahli mereka, ,dan berilah maskhawin-maskhawin mereka dengan cara yang baik (lantaran) mereka berkhawin, bukan berzina dan bukan mengambil kekasih piaraan, tetapi apabila mereka sudah berkhawin, kemudian mereka mengerjakan kejahatan, maka adalah bagi mereka separuh dari azab (yang dikenakan) atas perempuan-perempuan yang merdeka, yang demikian itu buat orang-orang yang takut kepada zina dari antara kamu, tetapi bahawa kamu sabar itu adalah terlebih baik buat kamu, dan sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.
26. Allah hendak menerangkan kepada kamu, dan (hendak) menunjukkan kepada kamu cara-cara orang-orang yang dahulu daripada kamu, dan (hendak) memberi ampun atas kamu,  kerana Allah itu pengetahui, bijaksana.
27. Dan Allah hendak memberi ampun atas kamu, tetapi orang-orang yang menurut hawa nafsu nya hendak supaya kamu condong sungguh-sungguh (daripada kebenaran).
28. Allah hendak meringankan (keberatan) dari kamu, kerana manusia itu dijadikan (bersifat) lemah.
29. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu diantara kamu dengan batil, kecuali adalah  (atas jalan) perdagangan  dengan reda antara kamu, dan janganlah kamu bunuh diri-diri kamu kerana sesungguhnya Allah itu adalah penyayang kepada kamu.
30. Dan barang siapa berbuat demikian, dengan melanggar batas  dan anyanya, nescaya kami akan masukkan di neraka, dan adalah yang demikian itu mudah atas Allah.

31. Jika kamu jauhi dosa-dosa besar yang dilarang kamu (mengerjakan), nescaya kami akan hapuskan dari kamu kesalahan-kesalahan kamu, dan kami akan masukkan kamu ditempat masuk mulia.
32. Dan janganlah kamu angan-angan (hendak mendapat kurnia) yang Allah telah limpahkan kepada sebahagian daripada kamu lebih daripada sebahagian – laki-laki akan mendapat bahagian dari apa yang mereka telah usahakan, dan perempuan-perempuan akan dapat bahagian dari apa yang mereka telah usahakan – tetapi mintalah kepada Allah sebahagian daripada kurnianya, kerana Allah itu amat mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
33. Dan buat tiap-tiap orang, kami telah adakan ahli warisnya bagi apa yang ia telah  tinggalkan (iaitu) ibu bapa dan keluarga yang hampir dan orang-orang yang telah diikat oleh tangan-tangan kanan kamu,  lantaran itu berikan lah kepada mereka bahagian-bahagian mereka  kerana sesungguhnya Allah itu penyaksi atas tiap-tiap sesuatu.
34. Laki-laki itu pengurus atas perempuan-perempuan, lantaran Allah telah lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian dan dengan sebab  (nafkah) yang mereka belanjakan dari harta-harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang baik itu ialah yang taat yang memelihara (perkara-perkara)  yang tersembunyi dengan cara yang dipelihara kan oleh Allah, dan perempuan-perempuan yang kamu takut kedurhakaan nya itu hendaklah kamu nasihati mereka dan hendaklah kamu tinggalkan mereka ditempat-tempat tidur, dan hendaklah kamu pukul mereka, tetapi jika mereka taat kepada kamu, maka jangan lah kamu cari-cari jalan buat menyusahkan mereka, kerana sesungguhnya Allah itu maha tinggi, maha besar.
35. Jika kamu takut perselisihan antara mereka berdua, maka hendaklah kamu adakan seorang hakim dari ahli nya (laki-laki) dan seorang hakim dari ahlinya (perempuan). Jika mereka ini berdua mahu membikin perdamaian, nescaya Allah akan beri taufik diantara dua (suami isteri) itu, kerana sesungguhnya Allah itu pengetahui yang sangat tahu.
36. Dan hendaklah  kamu berbakti kepada Allah, dan jangan kamu sekutukan dia dengan sebarang sesuatu, dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada  ibu bapa, dan keluarga yang hampir, dan anak-anak yatim dan orang-orang  meskin dan tetangga yang hampir dan tetangga yang jauh dan sahabat sejalan dan anak jalanan dan siapa-siapa  yang dimiliki oleh  tangan-tangan kanan kamu, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang-orang yang sombong dengan perbuatan nya sombong dengan perkataan nya.
37. (ialah) orang-orang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil dan menyembunyikan  apa yang Allah telah beri kepada nya dari kurnia nya, dan kami telah sediakan bagi orang yang kafir itu azab yang menghina.
39. dan (ialah) yang membelanjakan hartanya supaya dilihat oleh manusia, dan tidak beriman kepada Allah, dan tidak kepada hari kemudian, dan barang siapa syaitan jadi sahabatnya, maka sejahat-jahat sahabat lah ia.
39. Apakah atas mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan mereka belanjakan sebahagian dari apa yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka ? dan adalah Allah itu amat mengetahui akan mereka. 
40. Sesungguhnya Allah tidak menganyanyai (walau pun) setimbang hama, tetapi jika  adalah (amal-amal) itu baik, ia akan gandakan dia dan akan memberi dari pihaknya, ganjaran yang besar.


41. Lantaran itu, bagaimana kah (hebat keadaan nanti) apabila kamu bawa kan seorang penyaksi dari taip-tiap umat dan manusia bawakan mu sebagai penyaksi atas  mereka itu ?.
42. Pada hari itu, mereka yang kufur dan derhaka kepada Rasul, suka kalau mereka disamakan dengan bumi, kerana tak dapat mereka menyembunyikan daripada Allah satu pun perkataan.
43. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu hampir kepada sembahayang pada hal kamu sedang mabuk, hingga  kamu tahu apa yang kamu katakan, dan jangan (kamu hampiri kepada tempat sembahayang) pada hal kamu junub, kecuali orang-orang yang melalui nya, hingga kamu mandi, dan jika kamu sakit atau didalam pelayaran, atau seorang daripada kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan-perempuan, sedang kamu tak dapat air,  maka hendaklah kamu sapu muka-muka kamu dan tangan-tangan  kamu, kerana sesungguhnya adalah Allah itu pemudah, pengampun.
44. Tidak kah engkau perhatikan orang-orang yang diberi sebahagian daripada kitab itu membeli kesesatan, dan mereka ingin supaya kamu sesat jalan-jalan.
45. Tetapi Allah terlebih mengetahui musuh-musuh kamu, dan cukuplah Allah sebagai pengawal dan cukuplah Allah sebagai penolong.
46. Sebahagian daripadamereka yang jadi Yahudi itu mengubah kalimah-kalimah daripada tempat-tempat nya, dan mereka berkata; “kami dengar, tetapi kami derhaka, dan dengar lah ! pada hal engkau tidak didengar, dan  ‘rakna’, “ kerana mereka memutar lidah-lidah mereka dan mencela agama, pada hal jika mereka berkata; “kami dengar dan kami taat, dan dengarlah dan ‘ansarna’,”  nescaya adalah lebih baik buat mereka dan lebih lurus, tetapi Allah telah laknatkan mereka dengan sebab kekufuran mereka. Lantaran itu, tidak ada yang beriman (dari) mereka melainkan sedikit.
47. Hai orang-oang yang diberi kitab ! berimanlah kepada apa yang kami telah turunkan, yang mana menyetujui apa yang ada pada kamu, sebelum kami hapuskan muka-muka, lalu kami palingkan dia kebalakang nya, atau kami laknat mereka sebagaimana kamu laknati ‘ahabusik’, kerana adalah perintah Allah itu akan dikerjakan.
48. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni yang ia disekutui, tetapi ia akan mengampuni selain dari itu bagi siapa yang ia kehendaki, dan barang siapa menyegutukan  Allah, maka sesungguh nya ia telah membikin satu dosa yang besar.
49. Tidak kah engkau lihat (kebodohan) orang-orang yang membersihkan diri-diri nya ? bahkan Allah akan bersihkan siapa-siapa yang ia kehendaki, dan mereka tidak akan dianyanyai walau pun sedikit.
50. Lihatlah bagaimana mereka membikin dusta atas (nama) Allah ! pada hal cukuplah yang demikian itu (jadi) satu dosa yang nyata.

51. Tidak kah engkau lihat mereka yang telah diberi sebahagian daripada kitab ? mereka beriman kepada kesesatan dan apa-apa yang melewati batas, dan mereka berkata ditentang orang-orang kafir bahawa mereka ini lebih terpimpin dijalan yang lurus daripada orang-orang yang beriman itu.
52. Mereka itu ialah orang-orang yang telah dilaknat oleh Allah, dan barang siapa dilaknat oleh Allah, maka tidak bakal engkau dapat (lihat) bagi nya satu pembantu.
53. Atau adakah mereka mempunyai bahagian dari kerajaan ? kerana diwaktu itu, mereka tidak akan beri kepada manusia (walau pun) sedikit.
54. Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas (nikmat) yang Allah telah beri kepada mereka dari kurnia nya ? kerana sesungguhnya kami telah beri kepada keluarga Ibrahim kitab (agama) dan hikmat, dan kami telah beri kepada mereka kerajaan yang besar.
55. Tetapi sebahagian dari mereka ada yang beriman kepada (kitab) itu, dan sebahagian dari mereka ada yang berpaling daripadanya, pada hal jahanam itu cukup buat jadi pembakar.
56. Sesungguhnya orang-orang yang telah kufur  kepada ayat-ayat kami, akan kami bakar mereka diapi, tiap-tiap kali masak kulit-kulit mereka, kami ganti kan buat mereka kulit yang lain nya, supaya mereka merasakan azab, kerana sesungguhnya adalah Allah itu gagah, bijak sana.
57. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan (amal) yang baik-baik itu, kami akan masuk kan mereka kesyurga-syurga yang mengalir air nya sungai-sungai yang mereka akan kekal padanya selama-lama nya, yang adalah bagi mereka padanya jodoh-jodoh yang suci, dan kami akan masukkan mereka dipernaungan (nikmat) yang baik.
58. Sesungguhnya Allah memerintah kamu menunaikan amanat-amanat kepada yang berhak, dan(ia perintah) apabila kamu menghukum diantara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil, sesungguhnya Allah menasihati kamu dengan sebaik-baik perkara, kerana sesungguh nya Allah itu adalah pendengar, pelihat.
59. hai orang-orang yang beriman !  taat lah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan orang-orang yang berkuasa dari antara kamu.  Maka sekiranya kamu berbantahan disatu perkara, hendaklah kamu kembalikan dia kepada Allah dan Rasul dan hari kemudian, yang demikian itu sebaik-baik dan sebagus-bagus takwil.
60. Tidak engkau fikirkan (kesesatan) orang-orang yang berkata bahawa se nya mereka telah beriman kepada apa-apa yang diturunkan kepada mu dan kepada apa-apa yang diturunkan sebelum mu, pada hal mereka menyerahkan hukuman kepada sesuatu yang melewati batas ? sedang mereka telah diperintah supaya kufur kepada nya, tetapi syaitan mahu menyesatkan mereka satu kesesatan yang jauh.


61. Dan apabila dikatakan kepada mereka; “marilah kepada apa yang diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul” engkau bisa lihat orang-orang munafik itu berpaling daripada mu sungguh-sungguh.
 62. Tetapi bagaimana (halnya) apabila satu bahaya mengenai mereka dengan sebab apa yang diperbuat oleh tangan-tangan mereka, kemudian mereka datang kepada mu bersumpah dengan (nama Allah); “kami tidak maksudkan melainkan kebaikan dan perdamaian”.
63. Mereka itu ialah orang-orang yang Allah tahu apa yang ada dihati-hati mereka. Lantaran itu, hendaklah engkau berpaling dari mereka, tetapi nasihatilah akan mereka dan katakan lah kepada mereka perkataan yang memberi bekas pada (mengubah) apa-apa yang ada dihati-hati mereka.
64. Dan kami tidak utus  seorang pun Rasul melainkan untuk ditaati dengan izin Allah, dan jika mereka, sesudah menganyanyai diri-diri mereka, datang kepada mu, lalu mereka minta ampun kepada Allah, dan Rasul juga mintakan ampun bagi mereka, nescaya mereka didapati Allah itu penerima taubat, penyayang.
65. Tetapi tidak ! demi Tuhan mu ! mereka tidak (dikatakan) beriman hingga mereka jadikan mu hukum dalam apa yang mereka berselisehan diantara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dihati-hati mereka tentang apa yang engkau telah putuskan serta mereka menyerah dengan sungguh-sungguh.
66. Dan jika kami wajibkan atas mereka; “bunuhlah diri-diri kamu atau keluarlah dari kampung-kampung kamu”, nescaya mereka tidak akan berbuat dia, kecuali sedikit dari mereka, pada hal jika mereka kerjakan apa yang mereka dinasihati, nescaya adalah terlebih baik buat mereka dan terlebih kuat ketetapan.
47. Dan diwaktu itu, nescaya kami akan beri kepada mereka, dari pihak kami, ganjaran yang besar.
68. Dan nescaya kami pimpin mereka dijalan yang lurus.
69. Kerana barang siapa taat kepada Allah dan Rasul, maka mereka itu adalah berserta orang-orang yang Allah beri nikmat atasnya, dari Nabi-Nabi dan Sodikin dan Shahadah dan Solehen, dan alangkah baiknya mereka ini sebagai sahabat  rapat !.
70. Yang demikian itulah kurnia dari Allah, kerana cukuplan Allah sebagai pengetahui.

71. Hai orang-orang yang beriman ! ambil lah persediaan kamu, lantas majulah berpuak-puak atau majulah sama sekali.
72. Dan sesungguhnya sebahagian daripada kamu ada yang sungguh-sungguh terkebelakang, lantas jika ada  satu bahaya mengenai kamu, maka ia berkata; “sesungguhnya Allah telah beri nikmat atas ku lantaran aku tidak hadir bersama mereka itu.
73. Tetapi jika kamu dapat satu kurnia dari Allah, sesungguhnya ia akan berkata – seolah-olah tidak ada antara kamu dan antaranya (tali) percintaan --; “alangkah baiknya jika aku telah (pergi) bersama-sama mereka, lalu aku pun dapat satu pendapatan yang besar!”.
74. Lantaran itu, hendaklah mereka yang menjual akhirat dengan penghidupan dunia, berperang dijalanAllah, kerana barang siapa berperang dijalan Allah, lalu terbunuh atau menang, maka kami akan beri  kepada nya ganjaran yang besar.
75. Dan mengapakah kamu tidak mahu berperang dijalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah dari laki-laki dan perempuan dan anak-anak yang beseru; “Hai Tuhan kami ! keluarkanlah kami dari negeri yang penduduk nya zalim ini, dan jadikan bagi kami, dari pihak mu, seorang ketua, dan jadikan lah untuk kami, dari pihak mu, seorang pembantu !”
76. Orang-orang yang beriman itu berperang dijalan Allah, dan orang-orang yang kufur itu berperang dijalan suatu yang melewati batas. Lantaran itu, perangilah pengikut-pengikut syaitan, kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.
77. Tidakkah engkau fikirkan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka; “tahanlah tangan-tangan kamu dan dirikan lah sembahayang dan berilah zakat”, tetapi tetakala diwajibkan mereka berperang, tiba-tiba segolongan dari mereka, takut kepada manusia sebagaimana takut kepada Allah, atau lebih sangat takut, dan mereka berkata; “hai Tuhan kami : mengapakah engkau wajibkan kami berperang ? mengapakah tidak engkau biarkankami hingga ajal (kami) yang hampir?” katakan lah; “benda dunia ini sedikit, dan akhirat itu lebih baik buat orang yang berbakti, dan kamu tidak akan dianyanyai (walau pun) sedikit”.
78. “Dimana sahaja kamu berada, kematian akan mendapati kamu, walau pun kamu dimahligai-mahligai yang teguh” dan jika kebaikan mengenai mereka, mereka berkata; “ini dari sisi Allah” dan jika kesusahan mengenai mereka, mereka berkata; “ini dari sisi mu”. Mengapakah kaum itu hampir tidak mengerti perkataan ?
79. Apa-apa keuntungan yang mengenai mu, maka (iaitu) dari Allah, dan apa-apa kerugian yang mengenai mu, maka (iaitu) dari diri mu, kerena kami utus mu kepada manusia sebagai seorang Rasul, dan cukuplah Allah sebagai saksi.
80. Barang siapa taat kepada Rasul itu, maka sesungguh nya (bererti)  ia taat kepada Allah, tetapi barang siapa berpaling belakang, maka kami tidak urus mu buat jadi pengawal atas mereka.


81. Dan mereka itu berkata “(kami) taat” tetapi apabila berpisah daripada mu, maka segolongan dari mereka, mereka merika-rika pada malam lain dari yang mereka katakan tetapi Allah menulis apa yang mereka rika-rika pada malam itu, lantaran itu berpalinglah dari mereka yang berserah dirilah kepada Allah, kerana Allah itu cukup sebagai pembela.
82. Kalau bagitu, apakah mereka  tidak mahu tadbir akan Quran ?  kerana jika adalah ia dari sisi yang lain dari Allah, nescaya mereka dapati pada nya perselisihan yang banyak.
83. Dan apabila sampai kepada mereka satu urusan dari keamanan atau ketakutan,maka mereka siar-siar kan dia, pada hal jika mereka kembalikan dia kepada Rasul dan kepada orang-orang yang berkuasa dari mereka, nescaya (urusan) itu diketahui oleh sebahagian dari orang-orang yang menyelidiki nya, dan jika tidak ada kurnia Allah atas kamu dan rahmatnya, nescaya kamu turut syaitan, kecuali sedikit (dari kamu).
84. Maka berperanglah dijalan Allah – tidak diberatkan atas mu melainkan diri mu, tetapi kerahkan lah mukmin, mudah-mudahan Allah menyikirkan kegagahan orang-orang yang kafir, kerana Allah itu terlebih sangat gagah dan terlebih keras seksa nya yang menjadi contoh.
85. Barang siapa mengenepi satu ketetapan yang baik, nescaya adalah bagi nya bahagian dari itu, dan barang siapa mengenepi satu kegenapan yang jahat, nescaya adalah baginya tangungan dari itu, kerana adalah Allah jadi pengawal atas tiap-tiap sesuatu.
86. Dan apabila kamu diberi rahmat dengan satu penghormatan, maka hendaklah kamu (balas) beri rahmat dengan (cara) yang terlebih baik daripada nya, atau hendaklah kamu balas dia, kerana sesungguhnya Allah itu adalah  pengira atas tiap-tiap sesuatu.
87. Allah itu tidak ada Tuhan melainkan dia. Sesungguhnya ia akan kumpulkan kamu kehari kiamat – tidak ada syak padanya, kerana siapakah yang terlebih benar  omongan nya dari Allah ?
88. Maka mengapakah kamu (jadi) dua golongan tentang kaum munafik itu, pada hal Allah telah juruskan mereka dengan (sebab)  apa yang mereka telah usahakan ? Apakah kamu mahu memimpin orang yang telah disesatkan oleh Allah, kerana barang siapa disesatkan oleh Allah, maka tidak bakal engkau dapat baginya satu jalan ?
89. Mereka suka jika kamu kufur, sebagaimana mereka kufur supaya kamu jadi sama, lantaran itu, janganlah  kamu ambil sahabat-sahabat dari mereka, hingga mereka ber hijrah dijalan Allah, tetapi jika mereka berpaling, maka tawan lah akan mereka dan bunuhlah mereka dimana-mana sahaja kamu bertemu mereka, dan jangan lah kamu jadikan diri mereka seorang sahabat dan jangan seorang pembantu.
90. Kecuali orang-orang yang sampai kepada satu kaum yang antara kamu dan antara mereka ada satu perjanjian, atau mereka datang kepada kamu, pada hal sempit dada mereka buat memerangi kamu atau memerangi kaum mereka, pada hal jika Allah kehendaki, nescaya ia jadikan mereka berkuasa melawan kamu, lalu memerangi kamu. Lantaran itu, jika mereka tinggalkan kamu, iaitu mereka tidak memerangi kamu dan mereka tawarkan kepada kamu perdamaian, maka Allah tidak jadikan satu jalan buat kamu atas mereka.

91. Kamu akan dapati beberapa orang lain yang hendak sampai mereka aman daripada kamu dan aman daripada kaum mereka, tiap-tiap kali mereka dikembalikan kepada fitnah, terjerumuslah mereka padannya. Lantaran itu, jika mereka tidak tinggalkan kamu dan (tidak) menawarkan perdamaian kepada kamu, dan (tidak) memberhentikan  tangan-tangan mereka, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka  dimana-mana kamu dapati mereka, kerana mereka itu kami telah jadikan bagi kamu kekuasaan yang nyata atas mereka.
92. Dan tidak patut bagi  seorang mukmin membunuh seorang mukmin, melainkan dengan keliru dan barang siapa bunuh seorang mukmin dengan keliru, maka (wajib atasnya) merdeka kan serorang hamba yang mukmin dan satu denda yang (wajib) diserahkan kepada keluarga (simati) kecuali jika mereka sedekahkan, tetapi jika adalah si (mati) itu dari satu kaum yang jadi musuh bagi kamu, pada hal ia seorang  mukmin, maka (wajib atas pembunuh itu) merdekakan seorang hamba mukmin, dan jika adalah ia dari satu kaum yang antara kamu dan antara mereka ada satu perjanjian. Maka (wajib atas  pembunuh itu) satu denda yang  (mesti diserahkan) kepada keluarga (si mati) dan (wajib ia) merdekakan seorang hamba mukmin, tetapi barang siapa tidak dapat, maka (wajib atasnya) puasa dua bulan berturut-turut, sebagai (pemberian) taubat dari Allah, kerana Allah itu pengetahui, bijaksana.
93. Dan barang siapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasan nya ialah jahanam yang ia akan kekal padanya, dan Allah murka atasnya, dan ia laknat dia dan ia sediakan baginya seksa yang besar.
94. Hai orang-orang yang beriman ! apabila kamu pergi (berperang) dijalan Allah, hendaklah kamu yakinkan, dan janganlah kamu berkata kepada orang yang memberi salam kepada kamu; “engkau bukan mukmin”  (kerana) kamu mahukan benda  penghidupan dunia, pada hal disisi Allah ada beberapa banyak harta. Bagitulah jika keadaan kamu lebih dahulu, lalu Allah beri  kurnia atas kamu. Lantaran itu, yakinkan lah, kerana Allah itu adalah amat mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.
95. Orang-orang yang duduk dari  mukmin yang tidak berhalangan itu, tidak sama dengan mereka yang berperang dijalan Allah dengan harta-harta mereka dan diri-diri mereka. Allah muliakan mereka yang sungguh-sungguh bekerja degnan harta-harta mereka dan diri-diri  bekerja dengan harta-harta mereka dan diri-diri mereka, lebih satu darjat daripada orang-orang yang duduk, tetapi tiap-tiap satu dari dua golongan itu, Allah telah janjikan kebaikan, dan Allah lebihkan yang bekerja keras atas orang-orang yang duduk (dengan)  ganjaran yang besar.
96. (iaitu) beberapa darjat daripada nya dan keampunan dan rahmat, kerana adalah Allah tiu pengampun, penyayang.
97. Sesungguhnya  orang-orang yang akan diterima oleh melaikat, pada hal merek telah menganyanyai diri-diri mereka, (melaikat) akan bertanya; “ditentang  apakah keadaankamu?” mereka jawab; “adalah kami tertindas dibumi” (melaikat) akan berkata; “bukankah bumi Allah itu ada luas, buat kamu berhijrah padanya ?” maka mereka itu tempat kembalinya ialah jahanam, pada hal ia satu tempat kembali yang jelek.
98. Kecuali orang-orang yang tertindas dari laki-laki dan perempuan dan anak-anak yang tidak mempu berdaya dan tidak terbuka satu jalan.
99. maka mereka itu muda-mudahan Allah hapuskan (dosa-dosa) dari mereka, kerana adalah Allah itu penghapus, pengampun.
100. Dan barang siapa berhijrah dijalan Allah, nescaya ia bertemu dibumi itu, tempat perlindungan yang banyak dan keluasan,  dan barang siapa keluar dari rumah nya kerana berhijrah kepada Allah dan Rasul nya, kemudian sampai maut kepada  nya, maka sesungguhnya ganjaran (hijrah)nya itu (wajib) atas Allah, kerana Allah itu pengampun, penyayang. 


101. Dan apabila kamu berpergian dibumi, maka tidak mengapa atas kamu bahawa kamu  boleh mengqasar sembahayang, jika kamu takut bahawa orang-orang yang kafir itu akan menganggu kamu, kerana sesungguhnya kafir-kafir itu adalah bagi kamu musuh yang nyata.
102. dan jika engkau ada diantara mereka (dalam peperangan), lalu engkau dirikan sembahayang mengimami mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri bersama mu, dan hendaklah mereka pegang senjata-senjata mereka, lantas apabila mereka  sesudah sujud, maka hendaklah mereka ada dibelakang kamu, lantas hendaklah datang segolongan lain yang belum sembahyang, maka hendaklah mereka sembahayang bersama mu, dan hendaklah mereka ambil penjagaan mereka dan (pegang) senjata-senjata mereka.  Orang-orang  yang  kafir  itu ingin  jika kamu lalai daripada senjata-senjata kamu dan barang-barang kamu, lantas mereka bisa menyerang atas kamu satu serangan.  Tetapi tidak mengapa atas kamu – jika ada halangan bagi kamu dari hujan atau adalah kamu sakit – bahawa kamu taruh senjata-senjata kamu,  tetapi hendaklah kamu ambil penjagaan kamu, sesungguhnya Allah telah  sediakan  bagi orang-orang kafir itu azab yang menghina.
103. Lantas apabila kamu telah selesaikan sembahayang itu, maka hendaklah kamu ingat kepada Allah sambil berdiri, dan sambil duduk, dan sambil (berbaring), dan sambil duduk, dan sambil (berbaring) atas  rusuk-susuk kamu, tetapi apabila kamu telah tenteram, maka hendaklah kamu dirikan sembahayang (seperti biasa), kerana sesungguhnya sembahayang itu adalah atas mukmin satu kewajiban yang ditentukan waktunya.
104. Dan jangan lah kamu lemah tentang mengajar kaum itu, Jika adalah kamu merasa sakit, maka mereka (juga) merasa sakit seperti kamu merasa sakit, tetapi kamu mengharap dari Allah (ganjaran) yang  mereka tidak harapkan dan adalah Allah itu pengetahui, bijaksana.
105. Sesungguhnya kami telah turunkan kepada mu kitab (ini) dengan (membawa) kebenaran, supaya  engkau menghukum diantara manusia dengan (faham) yang Allah  unjuk kan kepada mu, dan jangan lah engkau jadi pembela bagi orang-orang yang khainat.
106. Dan hendaklah  engkau mintakan ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya adalah Allah itu pengampun, penyayang.
107. Dan janganlah engkau membela orang-orang yang mengkhianati diri-diri mereka, kerena sesungguh nya Allah tidak suka orang yang khainat, yang berdosa.
108. Mereka bersembunyi daripada manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi daripada Allah, pada hal ia ada bersama mereka diwaktu mereka mengatur-atur, pada malam, perkataan yang ia tidak reda, kerana adalah Allah itu pengepung apa-apa yang mereka kerjakan.
109. Awas ! kamu (ini) orang-orang yang telah membela mereka itu dipenghidupan didunia. Maka siapakah yang akan membela mereka pada hari kiamat ? atau siapakah yang akan jadi pengurus atas mereka ?
110. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan atau ia menganyanyai dirinya, kemudian ia minta ampun kepada Allah, nescaya ia dapati Allah itu pengampun, penyayang.

111. Dan barang siapa kerjakan satu dosa, maka tidak lain melainkan ia usahakan dia buat kecelakaan dirinya, kerana adalah Allah itu pengetahui, bijaksana.
112. Dan barang siapa kerjakan satu kesalahan atau satu dosa, kemudian ia tuduhkan dia atas seorang yang tidak berdosa, maka sesungguhnya ia memikul satu dusta dan satu dosa yang nyata (pula).
113. Dan sekiranya tidak ada kurnia Allah atas mu dan rahmat nya, nescaya segolongan dari mereka berikhtiar akan menyesatkan mu, pada hal mereka tidak akan menyesatkan mu, pada hal mereka berikhtiar akan menyesatkan mu, pada hal mereka tidak akan menyesatkan melainkan diri-diri mereka (sendiri), dan tidak akan mereka bahayakan mu walau pun sedikit, kerana Allah telah turunkan mu walau pun sedikit, kerana Allah telah turunkan atas mu kitab dan kebijaksanaan, dan ia telah ajar kepada mu apa yang engkau belum tahu, dan adalah kurnia Allah atas mu itu besar.
114. Tidak ada kebaikan pada kebanyakan dari bisikan-bisikan mereka pada malam, kecuali orang yang menyuruh bersedakah atau kebaikan atau perdamaian antara manusia, lantaran barang siapa berbuat yang demikian kerana hendakkan keredaan-keradaan Allah, maka nanti kami beri kepadanya ganjaran yang besar.
115. Dan barang siapa memusuhi Rasul itu sesudah ternyata bagi nya jalan yang lurus tetapi ia turut  jalan (mereka yang) bukan mukmin, maka kami akan palingkan dia kemana ia berpaling dan kami akan pegang dia dineraka, pada hal ia itu satu tempat kembali yang jelek.
116. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan (dosa) yang disekutukan tetapi ia akan mengampuni selain dari itu bagi siapa yang ia kehendaki, kerana barang siapa menyegutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah sesat, satu kesesatan yang jauh.
117. Tidak mereka menyeru yang lain daripada nya, melainkan perempuan-perempuan dan tidak mereka menyeru melainkan syaitan yang derhaka.
118. Allah telah laknatkan dia, dan ia telah berkata; “sesungguhnya aku akan ambil daripada hamba-hamba mu satu bahagian yang tertenttu”.
119. “Dan sesungguhnya aku akan sesatkan mereka, dan sesungguhnya  aku akan lalaikan mereka, dan sesungguhnya aku akan suruh mereka hingga mereka akan belah kuping binatang-binatang ternak dan sesungguhnya aku akan suruh mereka hingga mereka akan mengubah bikinan Allah”. Dan barang siapa menjadikan syaitan sebagai pemimpin selain dari Allah, maka sesungguh nya rugilah ia, satu kerugian yang nyata.
120. Ia beri perjanjian kepada mereka, dan ia lalaikan mereka, padahal syaitan tidak janjikan kepada mereka melainkan tipuan.


121. Mereka itu tempat kembali mereka ialah dijahanam, dan merka tidak akan dapat lari daripada nya.
122. Dan orang-orang yang beriman  dan beramal soleh itu, kami akan masukkan mereka ke syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, didalam keadaan kekal padanya, selama-lama nya sebagai satu perjajnian Allah yang sunguh-sungguh kerana bukankah tidak ada yang terlebih benar omongan nya daripada Allah ?
123. Bukan angan-angan  kamu dan bukan angan-angan ahli kitab, barang siapa mengerjakan kejahatan ia akan dibalas dengan itu, dan tidak akan ia dapat selain dari Allah, seorang pun pengurus dan tidak seorang pun penolong.
124. Dan barang siapa mengerjakkan kebaikan-kebaikan dari laki-laki atau perempuan, pada hal ia mukmin maka mereka itu akan masuk syurga, dan tidak akan dianyanyai mereka (walau pun) sedikit.
125. Dan sesungguhnya  yang lebih bagus agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah pada hal ia berbuat kebaikan dan ia menurut agama Ibrahim yang ikhlas ?  lantaran Allah telah jadikan Ibrahim itu kekasih nya.
126. Dan kepunyaan Allah lah apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa yang dibumi, dan adalah Allah itu melewati tiap-tiap suatu.
127. Dan mereka akan minta keterangan kepada mu ditentang perempuan-perempuan. Katakan lah; “Allah akan memberi keterangan kepada kamu ditentang mereka, dan (juga) apa-apa yang dibacakan kepada kamu didalam kitab (ini)  ditentang anak-anak yatim  perempuan yang kamu tidak mahu berikan kepada mereka apa yang diwajibkan untuk mereka, pada hal kamu suka bernikah dengan mereka dan (bagitu juga) ditentang anak-anak yang lemah, pada hal (kalau) kamu urus anak-anak yatim itu dengan adil, dan (kalau) kamu kerjakan apa-apa kebaikan, sesugguhnya adalah Allah itu mengetahui akan dia.
128. Dan jika seorang perempuan takut (terbit) dari suaminya kebencian atau perpalingan, maka tidak mengapa atas mereka berdua membikin satu perdamaian antara mereka berdua, kerana perdamaian itu baik, pada hal hati-hati (manusia) itu diberi perangai kikir, tetapi jika kamu berbuat baik dan kamu berbakti, maka sesungguhnya adalah Allah itu amat mengetahui apa yang kamu kerjakan.
129. Dan kamu tidak akan bisa  adil (betul-betul) diantara perempuan-perempuan, walau pun kamu mahu sungguh-sungguh, lantaran itu, janganlah kamu condong secondong-condong nya, hingga kamu tinggalkan seorang perempuan sebagai satu benda yang tergantung, pada hal jika kamu berbuat damai dan kamu pelihara diri kamu, maka sesungguhnya adalah Allah itu pengampun, penyayang.
130. Dan jika mereka berdua berpisah, maka Allah akan cukupkan tiap-tiap (seorang) dengan kurnia nya, kerana adalah Alah itu luas (kurnia nya), bijaksana.

131. Dan bagi Allah lah apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa di bumi, dan sesungguhnya kami telah   pesan kepada mereka yang diberi kitab dahulu daripada kamu dan (juga kepada) kamu, “hendaklah kamu berbakti kepada Allah, kerana jika kamu kufur, maka sesungguhnya bagi Allah lah apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa  yang dibumi, dan adalah Allah itu kaya, terpuji”.
132. Dan bagi Allah lah apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa  yang dibumi, dan cukuplah Allah sebagai pengawal.
133. Jika ia kehendaki, nescaya ia hampuskan  kamu,  hai manusia !  dan ia akan  adakan orang-oang lain, kerana adalah Allah, atas yang demikian itu, amat berkuasa.
134. Barang siapa mahu ganjaran dunia, maka disisi Allah ada ganjaran dunia dan akhirat, dan adalah Allah itu pendengar, pengelihat.
135. Hai orang-orang yang beriman ! jadilah manusia yang mendirikan keadilan, yang jadi saksi kerana Allah, walau pun atas diri-diri kamu atau dua ibubapa (kamu) dan keluarga (kamu) yang hampir jika ia kaya atau pakir, maka Allah lebih hampir kepada mereka berdua. Lantaran itu, janganlah kamu turut hawa, sebab dikuatiri kamu akan  berpaling (dari kebenaran), kerana jika kamu putar persaksian atau kamu berpaling, maka sesungguhnya adalah Allah itu amat mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.
136. Hai orang-orang yang beriman ! berimanlah (sunguh-sungguh) kepada Allah dan rasulnya dan (kepada) kitab yang ia telah turunkan aas rasulnya dan (kepada) kitab yang ia telah turunkan dahulu, kerana barang siapa tidak percaya kepada  Allah dan melaikat dan kitab-kitab nya  dan rasul-rasul nya dan hari kemudian, maka sesungguhnya sesatlah ia satu kesesatan yang jauh.
137. Sesungguhnya orang yang beriman, kemudian kufur, kemudian beriman, kemudian kufur, kemudain bertambah kekufuran mereka, Allah tidak akan beri ampun bagi mereka dan tidak akan ia unjuk kan bagi mereka satu jalan.
138. Khabarkan lah kepada orang-orang itu bahawa adalah bagi mereka  azab yang pedih.
139. (ialah munafik-munafik) yang mengambil kafir-kafir sebagai ketua, tidak mukmin. Apakah mereka cari kemuliaan disisi mereka (yang kafir) itu pada hal sesungguhnya sekelian kemuliaan itu adalah bagi Allah?.
140. Dan sesungguhnya  ia telah turunkan atas kamu didalam kitab ini; “bahawa apabila kamu dengar ayat-ayat Allah, tidak dipercayai dan diperolok-olok, maka jangan lah kamu duduk berserta mereka, hingga mereka masuk didalam golongan yang lain, kerana sesungguhnya kamu, diwaktu itu, serupa mereka”. Sesungguhnya Allah akan kumpulkan orang-orang munafik dan kafir sersama-sama jahanam.


141. (mereka itu ialah) orang-orang yang menunggu-nungu (perubahan) atas kamu, iaitu jika kamu dapat  kemenangan  dari Allah, mereka berkata; “bukan kah kami berserta kamu?” dan jika orang-orang kafir dapat bahagian (baik), mereka berkata; “bukankah kami telah mengetahui kamu dan telah memalingkan kamu daripada kaum mukmin?” lantaran itu, Allah akan menghukum diantara mereka dihari kiamat, dan Allah tidak jadikan satu jalan buat orang-orang kafir atas mukmin.
142. Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah (balas) menipu mereka, dan apabila mereka berdiri kepada sembahayang, berdirilah mereka dengan masa, mereka unjuk-unjuk kan (amal mereka kepada) manusia, dan mereka tidak ingat kepada Allah melainkan sedikit.
143. Hal keadaan mereka terhayun antara itu, tidak kepada mereka itu dan tidak kepada mereka ini, kerana barang siapa disesatkan oleh Allah, maka tidak akan engkau dapat satu jalan (keselamatan) baginya.
144. Hai manusia yang beriman ! janganlah kamu anggap orang-orang kafir itu sebagai ketua, pada hal bukan dari kaum mukmin ! Apakah kamu mahu adakan satu alasan yang terang bagi Allah buat (menghukum) kamu ?
145. Sesungguhnya munafikin itu ditingkatan yang paling bawah dari nereka, dan engkau tidak akan dapat bagi mereka satu petolong.
146. Kesuali mereka yang taubat dan betulkan (kesalahan-kesalahan) dan berpegang dengan (agama) Allah dan ikhlas kan agama mereka kerana Allah, maka mereka ini berserta mukmin, dan Allah akan beri kepada mukmin ganjaran yang besar.
147. Bukan kah Allah tidak akan mengazabkan kamu, jika kamu syukur dan beriman ? kerana Allah itu pembalas terima kasih, pengetahui. 

 [Previous Juzuk][Next Juzuk][Previous Site][Next Site].