AL-NISA 24~147
AL-NISA 24~147
AL-NISA 24~147
24. Dan (diharamkan atas kamu) orang-orang
yang bersuami dari perempuan-perempuan, kecuali siapa-siapa yang dimiliki oleh
tangan-tangan kanan kamu – sebagai satu ketetapan Allah atas kamu, dan
dihalalkan bagi kamu orang-orang lain dari yang (tersebut) itu, buat kamu cari
(isteri) dengan harta-harta kamu, pada hal berkhawin bukan berzina, maka
siapa-siapa yang kamu mahu campuri dari perempuan-perempuan itu, hendaklah kamu
beri kepada mereka mas khawin mereka sebagai satu kewajipan, tetapi tidak
mengapa kamu beredaan-beredaan sesudah ketentuan, kerana sesungguhnya Allah itu
pengetahui, bijak sana.
25. Dan barang siapa dari antara kamu tidak mahu
berkhawin mukmin yang merdeka, maka (ambillah) dari yang dimiliki oleh
tangan-tangan kanan kamu dari budak-budak perempuan kamu yang mukmin, kerana
Allah terlebih mengetahui iman kamu, sebahagian dari kamu adalah dari
sebahagian, maka bernikahlah kepada mereka dengan izin ahli-ahli mereka, ,dan
berilah maskhawin-maskhawin mereka dengan cara yang baik (lantaran) mereka
berkhawin, bukan berzina dan bukan mengambil kekasih piaraan, tetapi apabila
mereka sudah berkhawin, kemudian mereka mengerjakan kejahatan, maka adalah bagi
mereka separuh dari azab (yang dikenakan) atas perempuan-perempuan yang
merdeka, yang demikian itu buat orang-orang yang takut kepada zina dari antara
kamu, tetapi bahawa kamu sabar itu adalah terlebih baik buat kamu, dan
sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.
26. Allah hendak menerangkan
kepada kamu, dan (hendak) menunjukkan kepada kamu cara-cara orang-orang yang
dahulu daripada kamu, dan (hendak) memberi ampun atas kamu, kerana Allah itu pengetahui, bijaksana.
27. Dan Allah hendak memberi
ampun atas kamu, tetapi orang-orang yang menurut hawa nafsu nya hendak supaya
kamu condong sungguh-sungguh (daripada kebenaran).
28. Allah hendak meringankan
(keberatan) dari kamu, kerana manusia itu dijadikan (bersifat) lemah.
29. Hai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu diantara kamu dengan batil,
kecuali adalah (atas jalan) perdagangan dengan reda antara kamu, dan janganlah kamu
bunuh diri-diri kamu kerana sesungguhnya Allah itu adalah penyayang kepada
kamu.
30. Dan barang siapa berbuat
demikian, dengan melanggar batas dan
anyanya, nescaya kami akan masukkan di neraka, dan adalah yang demikian itu
mudah atas Allah.
31. Jika kamu jauhi
dosa-dosa besar yang dilarang kamu (mengerjakan), nescaya kami akan hapuskan
dari kamu kesalahan-kesalahan kamu, dan kami akan masukkan kamu ditempat masuk
mulia.
32. Dan janganlah kamu angan-angan
(hendak mendapat kurnia) yang Allah telah limpahkan kepada sebahagian daripada
kamu lebih daripada sebahagian – laki-laki akan mendapat bahagian dari apa yang
mereka telah usahakan, dan perempuan-perempuan akan dapat bahagian dari apa
yang mereka telah usahakan – tetapi mintalah kepada Allah sebahagian daripada
kurnianya, kerana Allah itu amat mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
33. Dan buat tiap-tiap
orang, kami telah adakan ahli warisnya bagi apa yang ia telah tinggalkan (iaitu) ibu bapa dan keluarga yang
hampir dan orang-orang yang telah diikat oleh tangan-tangan kanan kamu, lantaran itu berikan lah kepada mereka
bahagian-bahagian mereka kerana
sesungguhnya Allah itu penyaksi atas tiap-tiap sesuatu.
34. Laki-laki itu pengurus
atas perempuan-perempuan, lantaran Allah telah lebihkan sebahagian dari mereka
atas sebahagian dan dengan sebab
(nafkah) yang mereka belanjakan dari harta-harta mereka. Maka
perempuan-perempuan yang baik itu ialah yang taat yang memelihara
(perkara-perkara) yang tersembunyi
dengan cara yang dipelihara kan oleh Allah, dan perempuan-perempuan yang kamu
takut kedurhakaan nya itu hendaklah kamu nasihati mereka dan hendaklah kamu
tinggalkan mereka ditempat-tempat tidur, dan hendaklah kamu pukul mereka,
tetapi jika mereka taat kepada kamu, maka jangan lah kamu cari-cari jalan buat
menyusahkan mereka, kerana sesungguhnya Allah itu maha tinggi, maha besar.
35. Jika kamu takut
perselisihan antara mereka berdua, maka hendaklah kamu adakan seorang hakim
dari ahli nya (laki-laki) dan seorang hakim dari ahlinya (perempuan). Jika
mereka ini berdua mahu membikin perdamaian, nescaya Allah akan beri taufik
diantara dua (suami isteri) itu, kerana sesungguhnya Allah itu pengetahui yang
sangat tahu.
36. Dan hendaklah kamu berbakti kepada Allah, dan jangan kamu
sekutukan dia dengan sebarang sesuatu, dan hendaklah kamu berbuat baik dengan
sesungguhnya kepada ibu bapa, dan keluarga
yang hampir, dan anak-anak yatim dan orang-orang meskin dan tetangga yang hampir dan tetangga
yang jauh dan sahabat sejalan dan anak jalanan dan siapa-siapa yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan kamu, sesungguhnya Allah
itu tidak suka kepada orang-orang yang sombong dengan perbuatan nya sombong
dengan perkataan nya.
37. (ialah) orang-orang
bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil dan menyembunyikan apa yang Allah telah beri kepada nya dari
kurnia nya, dan kami telah sediakan bagi orang yang kafir itu azab yang
menghina.
39. dan (ialah) yang
membelanjakan hartanya supaya dilihat oleh manusia, dan tidak beriman kepada
Allah, dan tidak kepada hari kemudian, dan barang siapa syaitan jadi
sahabatnya, maka sejahat-jahat sahabat lah ia.
39. Apakah atas mereka jika
mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan mereka belanjakan sebahagian
dari apa yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka ? dan adalah Allah itu amat
mengetahui akan mereka.
40. Sesungguhnya Allah tidak
menganyanyai (walau pun) setimbang hama, tetapi jika adalah (amal-amal) itu baik, ia akan gandakan
dia dan akan memberi dari pihaknya, ganjaran yang besar.
41. Lantaran itu, bagaimana
kah (hebat keadaan nanti) apabila kamu bawa kan seorang penyaksi dari taip-tiap
umat dan manusia bawakan mu sebagai penyaksi atas mereka itu ?.
42. Pada hari itu, mereka
yang kufur dan derhaka kepada Rasul, suka kalau mereka disamakan dengan bumi,
kerana tak dapat mereka menyembunyikan daripada Allah satu pun perkataan.
43. Hai orang-orang yang
beriman ! janganlah kamu hampir kepada sembahayang pada hal kamu sedang mabuk,
hingga kamu tahu apa yang kamu katakan,
dan jangan (kamu hampiri kepada tempat sembahayang) pada hal kamu junub,
kecuali orang-orang yang melalui nya, hingga kamu mandi, dan jika kamu sakit
atau didalam pelayaran, atau seorang daripada kamu datang dari tempat buang
air, atau kamu sentuh perempuan-perempuan, sedang kamu tak dapat air, maka hendaklah kamu sapu muka-muka kamu dan
tangan-tangan kamu, kerana sesungguhnya
adalah Allah itu pemudah, pengampun.
44. Tidak kah engkau
perhatikan orang-orang yang diberi sebahagian daripada kitab itu membeli
kesesatan, dan mereka ingin supaya kamu sesat jalan-jalan.
45. Tetapi Allah terlebih
mengetahui musuh-musuh kamu, dan cukuplah Allah sebagai pengawal dan cukuplah
Allah sebagai penolong.
46. Sebahagian
daripadamereka yang jadi Yahudi itu mengubah kalimah-kalimah daripada
tempat-tempat nya, dan mereka berkata; “kami dengar, tetapi kami derhaka, dan
dengar lah ! pada hal engkau tidak didengar, dan ‘rakna’, “ kerana mereka memutar lidah-lidah
mereka dan mencela agama, pada hal jika mereka berkata; “kami dengar dan kami
taat, dan dengarlah dan ‘ansarna’,”
nescaya adalah lebih baik buat mereka dan lebih lurus, tetapi Allah
telah laknatkan mereka dengan sebab kekufuran mereka. Lantaran itu, tidak ada
yang beriman (dari) mereka melainkan sedikit.
47. Hai orang-oang yang
diberi kitab ! berimanlah kepada apa yang kami telah turunkan, yang mana
menyetujui apa yang ada pada kamu, sebelum kami hapuskan muka-muka, lalu kami
palingkan dia kebalakang nya, atau kami laknat mereka sebagaimana kamu laknati
‘ahabusik’, kerana adalah perintah Allah itu akan dikerjakan.
48. Sesungguhnya Allah tidak
akan mengampuni yang ia disekutui, tetapi ia akan mengampuni selain dari itu
bagi siapa yang ia kehendaki, dan barang siapa menyegutukan Allah, maka sesungguh nya ia telah membikin
satu dosa yang besar.
49. Tidak kah engkau lihat
(kebodohan) orang-orang yang membersihkan diri-diri nya ? bahkan Allah akan
bersihkan siapa-siapa yang ia kehendaki, dan mereka tidak akan dianyanyai walau
pun sedikit.
50. Lihatlah bagaimana
mereka membikin dusta atas (nama) Allah ! pada hal cukuplah yang demikian itu
(jadi) satu dosa yang nyata.
51. Tidak kah engkau lihat
mereka yang telah diberi sebahagian daripada kitab ? mereka beriman kepada
kesesatan dan apa-apa yang melewati batas, dan mereka berkata ditentang
orang-orang kafir bahawa mereka ini lebih terpimpin dijalan yang lurus daripada
orang-orang yang beriman itu.
52. Mereka itu ialah
orang-orang yang telah dilaknat oleh Allah, dan barang siapa dilaknat oleh
Allah, maka tidak bakal engkau dapat (lihat) bagi nya satu pembantu.
53. Atau adakah mereka
mempunyai bahagian dari kerajaan ? kerana diwaktu itu, mereka tidak akan beri
kepada manusia (walau pun) sedikit.
54. Adakah patut mereka
dengki kepada manusia atas (nikmat) yang Allah telah beri kepada mereka dari
kurnia nya ? kerana sesungguhnya kami telah beri kepada keluarga Ibrahim kitab
(agama) dan hikmat, dan kami telah beri kepada mereka kerajaan yang besar.
55. Tetapi sebahagian dari
mereka ada yang beriman kepada (kitab) itu, dan sebahagian dari mereka ada yang
berpaling daripadanya, pada hal jahanam itu cukup buat jadi pembakar.
56. Sesungguhnya orang-orang
yang telah kufur kepada ayat-ayat kami,
akan kami bakar mereka diapi, tiap-tiap kali masak kulit-kulit mereka, kami
ganti kan buat mereka kulit yang lain nya, supaya mereka merasakan azab, kerana
sesungguhnya adalah Allah itu gagah, bijak sana.
57. Dan orang-orang yang
beriman dan mengerjakan (amal) yang baik-baik itu, kami akan masuk kan mereka
kesyurga-syurga yang mengalir air nya sungai-sungai yang mereka akan kekal
padanya selama-lama nya, yang adalah bagi mereka padanya jodoh-jodoh yang suci,
dan kami akan masukkan mereka dipernaungan (nikmat) yang baik.
58. Sesungguhnya Allah
memerintah kamu menunaikan amanat-amanat kepada yang berhak, dan(ia perintah)
apabila kamu menghukum diantara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil,
sesungguhnya Allah menasihati kamu dengan sebaik-baik perkara, kerana sesungguh
nya Allah itu adalah pendengar, pelihat.
59. hai orang-orang yang
beriman ! taat lah kepada Allah dan
taatlah kepada Rasul dan orang-orang yang berkuasa dari antara kamu. Maka sekiranya kamu berbantahan disatu
perkara, hendaklah kamu kembalikan dia kepada Allah dan Rasul dan hari
kemudian, yang demikian itu sebaik-baik dan sebagus-bagus takwil.
60. Tidak engkau fikirkan
(kesesatan) orang-orang yang berkata bahawa se nya mereka telah beriman kepada
apa-apa yang diturunkan kepada mu dan kepada apa-apa yang diturunkan sebelum
mu, pada hal mereka menyerahkan hukuman kepada sesuatu yang melewati batas ?
sedang mereka telah diperintah supaya kufur kepada nya, tetapi syaitan mahu
menyesatkan mereka satu kesesatan yang jauh.
61. Dan apabila dikatakan
kepada mereka; “marilah kepada apa yang diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul”
engkau bisa lihat orang-orang munafik itu berpaling daripada mu
sungguh-sungguh.
62. Tetapi bagaimana (halnya) apabila satu
bahaya mengenai mereka dengan sebab apa yang diperbuat oleh tangan-tangan
mereka, kemudian mereka datang kepada mu bersumpah dengan (nama Allah); “kami
tidak maksudkan melainkan kebaikan dan perdamaian”.
63. Mereka itu ialah
orang-orang yang Allah tahu apa yang ada dihati-hati mereka. Lantaran itu,
hendaklah engkau berpaling dari mereka, tetapi nasihatilah akan mereka dan
katakan lah kepada mereka perkataan yang memberi bekas pada (mengubah) apa-apa
yang ada dihati-hati mereka.
64. Dan kami tidak utus seorang pun Rasul melainkan untuk ditaati
dengan izin Allah, dan jika mereka, sesudah menganyanyai diri-diri mereka,
datang kepada mu, lalu mereka minta ampun kepada Allah, dan Rasul juga mintakan
ampun bagi mereka, nescaya mereka didapati Allah itu penerima taubat,
penyayang.
65. Tetapi tidak ! demi
Tuhan mu ! mereka tidak (dikatakan) beriman hingga mereka jadikan mu hukum
dalam apa yang mereka berselisehan diantara mereka, kemudian mereka tidak
merasa sempit dihati-hati mereka tentang apa yang engkau telah putuskan serta
mereka menyerah dengan sungguh-sungguh.
66. Dan jika kami wajibkan
atas mereka; “bunuhlah diri-diri kamu atau keluarlah dari kampung-kampung
kamu”, nescaya mereka tidak akan berbuat dia, kecuali sedikit dari mereka, pada
hal jika mereka kerjakan apa yang mereka dinasihati, nescaya adalah terlebih baik
buat mereka dan terlebih kuat ketetapan.
47. Dan diwaktu itu, nescaya
kami akan beri kepada mereka, dari pihak kami, ganjaran yang besar.
68. Dan nescaya kami pimpin
mereka dijalan yang lurus.
69. Kerana barang siapa taat
kepada Allah dan Rasul, maka mereka itu adalah berserta orang-orang yang Allah
beri nikmat atasnya, dari Nabi-Nabi dan Sodikin dan Shahadah dan Solehen, dan
alangkah baiknya mereka ini sebagai sahabat
rapat !.
70. Yang demikian itulah
kurnia dari Allah, kerana cukuplan Allah sebagai pengetahui.
71. Hai orang-orang yang
beriman ! ambil lah persediaan kamu, lantas majulah berpuak-puak atau majulah sama
sekali.
72. Dan sesungguhnya
sebahagian daripada kamu ada yang sungguh-sungguh terkebelakang, lantas jika
ada satu bahaya mengenai kamu, maka ia
berkata; “sesungguhnya Allah telah beri nikmat atas ku lantaran aku tidak hadir
bersama mereka itu.
73. Tetapi jika kamu dapat
satu kurnia dari Allah, sesungguhnya ia akan berkata – seolah-olah tidak ada
antara kamu dan antaranya (tali) percintaan --; “alangkah baiknya jika aku
telah (pergi) bersama-sama mereka, lalu aku pun dapat satu pendapatan yang
besar!”.
74. Lantaran itu, hendaklah
mereka yang menjual akhirat dengan penghidupan dunia, berperang dijalanAllah,
kerana barang siapa berperang dijalan Allah, lalu terbunuh atau menang, maka
kami akan beri kepada nya ganjaran yang
besar.
75. Dan mengapakah kamu
tidak mahu berperang dijalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah dari
laki-laki dan perempuan dan anak-anak yang beseru; “Hai Tuhan kami !
keluarkanlah kami dari negeri yang penduduk nya zalim ini, dan jadikan bagi
kami, dari pihak mu, seorang ketua, dan jadikan lah untuk kami, dari pihak mu,
seorang pembantu !”
76. Orang-orang yang beriman
itu berperang dijalan Allah, dan orang-orang yang kufur itu berperang dijalan
suatu yang melewati batas. Lantaran itu, perangilah pengikut-pengikut syaitan,
kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.
77. Tidakkah engkau fikirkan
orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka; “tahanlah tangan-tangan kamu
dan dirikan lah sembahayang dan berilah zakat”, tetapi tetakala diwajibkan
mereka berperang, tiba-tiba segolongan dari mereka, takut kepada manusia
sebagaimana takut kepada Allah, atau lebih sangat takut, dan mereka berkata;
“hai Tuhan kami : mengapakah engkau wajibkan kami berperang ? mengapakah tidak
engkau biarkankami hingga ajal (kami) yang hampir?” katakan lah; “benda dunia
ini sedikit, dan akhirat itu lebih baik buat orang yang berbakti, dan kamu
tidak akan dianyanyai (walau pun) sedikit”.
78. “Dimana sahaja kamu
berada, kematian akan mendapati kamu, walau pun kamu dimahligai-mahligai yang
teguh” dan jika kebaikan mengenai mereka, mereka berkata; “ini dari sisi Allah”
dan jika kesusahan mengenai mereka, mereka berkata; “ini dari sisi mu”.
Mengapakah kaum itu hampir tidak mengerti perkataan ?
79. Apa-apa keuntungan yang
mengenai mu, maka (iaitu) dari Allah, dan apa-apa kerugian yang mengenai mu,
maka (iaitu) dari diri mu, kerena kami utus mu kepada manusia sebagai seorang
Rasul, dan cukuplah Allah sebagai saksi.
80. Barang siapa taat kepada
Rasul itu, maka sesungguh nya (bererti)
ia taat kepada Allah, tetapi barang siapa berpaling belakang, maka kami
tidak urus mu buat jadi pengawal atas mereka.
81. Dan mereka itu berkata
“(kami) taat” tetapi apabila berpisah daripada mu, maka segolongan dari mereka,
mereka merika-rika pada malam lain dari yang mereka katakan tetapi Allah
menulis apa yang mereka rika-rika pada malam itu, lantaran itu berpalinglah
dari mereka yang berserah dirilah kepada Allah, kerana Allah itu cukup sebagai
pembela.
82. Kalau bagitu, apakah
mereka tidak mahu tadbir akan Quran
? kerana jika adalah ia dari sisi yang
lain dari Allah, nescaya mereka dapati pada nya perselisihan yang banyak.
83. Dan apabila sampai
kepada mereka satu urusan dari keamanan atau ketakutan,maka mereka siar-siar
kan dia, pada hal jika mereka kembalikan dia kepada Rasul dan kepada
orang-orang yang berkuasa dari mereka, nescaya (urusan) itu diketahui oleh
sebahagian dari orang-orang yang menyelidiki nya, dan jika tidak ada kurnia
Allah atas kamu dan rahmatnya, nescaya kamu turut syaitan, kecuali sedikit
(dari kamu).
84. Maka berperanglah
dijalan Allah – tidak diberatkan atas mu melainkan diri mu, tetapi kerahkan lah
mukmin, mudah-mudahan Allah menyikirkan kegagahan orang-orang yang kafir,
kerana Allah itu terlebih sangat gagah dan terlebih keras seksa nya yang
menjadi contoh.
85. Barang siapa mengenepi
satu ketetapan yang baik, nescaya adalah bagi nya bahagian dari itu, dan barang
siapa mengenepi satu kegenapan yang jahat, nescaya adalah baginya tangungan
dari itu, kerana adalah Allah jadi pengawal atas tiap-tiap sesuatu.
86. Dan apabila kamu diberi
rahmat dengan satu penghormatan, maka hendaklah kamu (balas) beri rahmat dengan
(cara) yang terlebih baik daripada nya, atau hendaklah kamu balas dia, kerana
sesungguhnya Allah itu adalah pengira
atas tiap-tiap sesuatu.
87. Allah itu tidak ada
Tuhan melainkan dia. Sesungguhnya ia akan kumpulkan kamu kehari kiamat – tidak
ada syak padanya, kerana siapakah yang terlebih benar omongan nya dari Allah ?
88. Maka mengapakah kamu
(jadi) dua golongan tentang kaum munafik itu, pada hal Allah telah juruskan
mereka dengan (sebab) apa yang mereka
telah usahakan ? Apakah kamu mahu memimpin orang yang telah disesatkan oleh
Allah, kerana barang siapa disesatkan oleh Allah, maka tidak bakal engkau dapat
baginya satu jalan ?
89. Mereka suka jika kamu kufur, sebagaimana mereka kufur supaya kamu jadi
sama, lantaran itu, janganlah kamu ambil
sahabat-sahabat dari mereka, hingga mereka ber hijrah dijalan Allah, tetapi
jika mereka berpaling, maka tawan lah akan mereka dan bunuhlah mereka
dimana-mana sahaja kamu bertemu mereka, dan jangan lah kamu jadikan diri mereka
seorang sahabat dan jangan seorang pembantu.
90. Kecuali orang-orang yang
sampai kepada satu kaum yang antara kamu dan antara mereka ada satu perjanjian,
atau mereka datang kepada kamu, pada hal sempit dada mereka buat memerangi kamu
atau memerangi kaum mereka, pada hal jika Allah kehendaki, nescaya ia jadikan
mereka berkuasa melawan kamu, lalu memerangi kamu. Lantaran itu, jika mereka
tinggalkan kamu, iaitu mereka tidak memerangi kamu dan mereka tawarkan kepada
kamu perdamaian, maka Allah tidak jadikan satu jalan buat kamu atas mereka.
91. Kamu akan dapati
beberapa orang lain yang hendak sampai mereka aman daripada kamu dan aman
daripada kaum mereka, tiap-tiap kali mereka dikembalikan kepada fitnah,
terjerumuslah mereka padannya. Lantaran itu, jika mereka tidak tinggalkan kamu
dan (tidak) menawarkan perdamaian kepada kamu, dan (tidak) memberhentikan tangan-tangan mereka, maka tawanlah mereka
dan bunuhlah mereka dimana-mana kamu
dapati mereka, kerana mereka itu kami telah jadikan bagi kamu kekuasaan yang
nyata atas mereka.
92. Dan tidak patut
bagi seorang mukmin membunuh seorang
mukmin, melainkan dengan keliru dan barang siapa bunuh seorang mukmin dengan
keliru, maka (wajib atasnya) merdeka kan serorang hamba yang mukmin dan satu
denda yang (wajib) diserahkan kepada keluarga (simati) kecuali jika mereka
sedekahkan, tetapi jika adalah si (mati) itu dari satu kaum yang jadi musuh
bagi kamu, pada hal ia seorang mukmin,
maka (wajib atas pembunuh itu) merdekakan seorang hamba mukmin, dan jika adalah
ia dari satu kaum yang antara kamu dan antara mereka ada satu perjanjian. Maka
(wajib atas pembunuh itu) satu denda
yang (mesti diserahkan) kepada keluarga
(si mati) dan (wajib ia) merdekakan seorang hamba mukmin, tetapi barang siapa
tidak dapat, maka (wajib atasnya) puasa dua bulan berturut-turut, sebagai
(pemberian) taubat dari Allah, kerana Allah itu pengetahui, bijaksana.
93. Dan barang siapa
membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasan nya ialah jahanam yang ia
akan kekal padanya, dan Allah murka atasnya, dan ia laknat dia dan ia sediakan
baginya seksa yang besar.
94. Hai orang-orang yang
beriman ! apabila kamu pergi (berperang) dijalan Allah, hendaklah kamu
yakinkan, dan janganlah kamu berkata kepada orang yang memberi salam kepada
kamu; “engkau bukan mukmin” (kerana)
kamu mahukan benda penghidupan dunia,
pada hal disisi Allah ada beberapa banyak harta. Bagitulah jika keadaan kamu
lebih dahulu, lalu Allah beri kurnia
atas kamu. Lantaran itu, yakinkan lah, kerana Allah itu adalah amat mengetahui
apa-apa yang kamu kerjakan.
95. Orang-orang yang duduk
dari mukmin yang tidak berhalangan itu,
tidak sama dengan mereka yang berperang dijalan Allah dengan harta-harta mereka
dan diri-diri mereka. Allah muliakan mereka yang sungguh-sungguh bekerja degnan
harta-harta mereka dan diri-diri bekerja
dengan harta-harta mereka dan diri-diri mereka, lebih satu darjat daripada
orang-orang yang duduk, tetapi tiap-tiap satu dari dua golongan itu, Allah
telah janjikan kebaikan, dan Allah lebihkan yang bekerja keras atas orang-orang
yang duduk (dengan) ganjaran yang besar.
96. (iaitu) beberapa darjat
daripada nya dan keampunan dan rahmat, kerana adalah Allah tiu pengampun,
penyayang.
97. Sesungguhnya orang-orang yang akan diterima oleh melaikat,
pada hal merek telah menganyanyai diri-diri mereka, (melaikat) akan bertanya;
“ditentang apakah keadaankamu?” mereka
jawab; “adalah kami tertindas dibumi” (melaikat) akan berkata; “bukankah bumi
Allah itu ada luas, buat kamu berhijrah padanya ?” maka mereka itu tempat
kembalinya ialah jahanam, pada hal ia satu tempat kembali yang jelek.
98. Kecuali orang-orang yang
tertindas dari laki-laki dan perempuan dan anak-anak yang tidak mempu berdaya
dan tidak terbuka satu jalan.
99. maka mereka itu
muda-mudahan Allah hapuskan (dosa-dosa) dari mereka, kerana adalah Allah itu
penghapus, pengampun.
100. Dan barang siapa
berhijrah dijalan Allah, nescaya ia bertemu dibumi itu, tempat perlindungan
yang banyak dan keluasan, dan barang
siapa keluar dari rumah nya kerana berhijrah kepada Allah dan Rasul nya,
kemudian sampai maut kepada nya, maka
sesungguhnya ganjaran (hijrah)nya itu (wajib) atas Allah, kerana Allah itu
pengampun, penyayang.
101. Dan apabila kamu
berpergian dibumi, maka tidak mengapa atas kamu bahawa kamu boleh mengqasar sembahayang, jika kamu takut
bahawa orang-orang yang kafir itu akan menganggu kamu, kerana sesungguhnya kafir-kafir itu adalah bagi
kamu musuh yang nyata.
102. dan jika engkau ada
diantara mereka (dalam peperangan), lalu engkau dirikan sembahayang mengimami
mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri bersama mu, dan hendaklah
mereka pegang senjata-senjata mereka, lantas apabila mereka sesudah sujud, maka hendaklah mereka ada
dibelakang kamu, lantas hendaklah datang segolongan lain yang belum sembahyang,
maka hendaklah mereka sembahayang bersama mu, dan hendaklah mereka ambil
penjagaan mereka dan (pegang) senjata-senjata mereka. Orang-orang
yang kafir itu ingin
jika kamu lalai daripada senjata-senjata kamu dan barang-barang kamu,
lantas mereka bisa menyerang atas kamu satu serangan. Tetapi tidak mengapa atas kamu – jika ada
halangan bagi kamu dari hujan atau adalah kamu sakit – bahawa kamu taruh
senjata-senjata kamu, tetapi hendaklah
kamu ambil penjagaan kamu, sesungguhnya Allah telah sediakan
bagi orang-orang kafir itu azab yang menghina.
103. Lantas apabila kamu
telah selesaikan sembahayang itu, maka hendaklah kamu ingat kepada Allah sambil
berdiri, dan sambil duduk, dan sambil (berbaring), dan sambil duduk, dan sambil
(berbaring) atas rusuk-susuk kamu,
tetapi apabila kamu telah tenteram, maka hendaklah kamu dirikan sembahayang
(seperti biasa), kerana sesungguhnya sembahayang itu adalah atas mukmin satu
kewajiban yang ditentukan waktunya.
104. Dan jangan lah kamu
lemah tentang mengajar kaum itu, Jika adalah kamu merasa sakit, maka mereka
(juga) merasa sakit seperti kamu merasa sakit, tetapi kamu mengharap dari Allah
(ganjaran) yang mereka tidak harapkan
dan adalah Allah itu pengetahui, bijaksana.
105. Sesungguhnya kami telah
turunkan kepada mu kitab (ini) dengan (membawa) kebenaran, supaya engkau menghukum diantara manusia dengan
(faham) yang Allah unjuk kan kepada mu,
dan jangan lah engkau jadi pembela bagi orang-orang yang khainat.
106. Dan hendaklah engkau mintakan ampun kepada Allah, kerana
sesungguhnya adalah Allah itu pengampun, penyayang.
107. Dan janganlah engkau
membela orang-orang yang mengkhianati diri-diri mereka, kerena sesungguh nya
Allah tidak suka orang yang khainat, yang berdosa.
108. Mereka bersembunyi
daripada manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi daripada Allah, pada hal ia
ada bersama mereka diwaktu mereka mengatur-atur, pada malam, perkataan yang ia
tidak reda, kerana adalah Allah itu pengepung apa-apa yang mereka kerjakan.
109. Awas ! kamu (ini)
orang-orang yang telah membela mereka itu dipenghidupan didunia. Maka siapakah
yang akan membela mereka pada hari kiamat ? atau siapakah yang akan jadi
pengurus atas mereka ?
110. Dan barang siapa
mengerjakan kejahatan atau ia menganyanyai dirinya, kemudian ia minta ampun
kepada Allah, nescaya ia dapati Allah itu pengampun, penyayang.
111. Dan barang siapa
kerjakan satu dosa, maka tidak lain melainkan ia usahakan dia buat kecelakaan
dirinya, kerana adalah Allah itu pengetahui, bijaksana.
112. Dan barang siapa
kerjakan satu kesalahan atau satu dosa, kemudian ia tuduhkan dia atas seorang
yang tidak berdosa, maka sesungguhnya ia memikul satu dusta dan satu dosa yang
nyata (pula).
113. Dan sekiranya tidak ada
kurnia Allah atas mu dan rahmat nya, nescaya segolongan dari mereka berikhtiar
akan menyesatkan mu, pada hal mereka tidak akan menyesatkan mu, pada hal mereka
berikhtiar akan menyesatkan mu, pada hal mereka tidak akan menyesatkan
melainkan diri-diri mereka (sendiri), dan tidak akan mereka bahayakan mu walau
pun sedikit, kerana Allah telah turunkan mu walau pun sedikit, kerana Allah
telah turunkan atas mu kitab dan kebijaksanaan, dan ia telah ajar kepada mu apa
yang engkau belum tahu, dan adalah kurnia Allah atas mu itu besar.
114. Tidak ada kebaikan pada
kebanyakan dari bisikan-bisikan mereka pada malam, kecuali orang yang menyuruh
bersedakah atau kebaikan atau perdamaian antara manusia, lantaran barang siapa
berbuat yang demikian kerana hendakkan keredaan-keradaan Allah, maka nanti kami
beri kepadanya ganjaran yang besar.
115. Dan barang siapa
memusuhi Rasul itu sesudah ternyata bagi nya jalan yang lurus tetapi ia
turut jalan (mereka yang) bukan mukmin,
maka kami akan palingkan dia kemana ia berpaling dan kami akan pegang dia
dineraka, pada hal ia itu satu tempat kembali yang jelek.
116. Sesungguhnya Allah
tidak akan mengampunkan (dosa) yang disekutukan tetapi ia akan mengampuni
selain dari itu bagi siapa yang ia kehendaki, kerana barang siapa menyegutukan
Allah, maka sesungguhnya ia telah sesat, satu kesesatan yang jauh.
117. Tidak mereka menyeru
yang lain daripada nya, melainkan perempuan-perempuan dan tidak mereka menyeru
melainkan syaitan yang derhaka.
118. Allah telah laknatkan
dia, dan ia telah berkata; “sesungguhnya aku akan ambil daripada hamba-hamba mu
satu bahagian yang tertenttu”.
119. “Dan sesungguhnya aku
akan sesatkan mereka, dan sesungguhnya
aku akan lalaikan mereka, dan sesungguhnya aku akan suruh mereka hingga
mereka akan belah kuping binatang-binatang ternak dan sesungguhnya aku akan
suruh mereka hingga mereka akan mengubah bikinan Allah”. Dan barang siapa
menjadikan syaitan sebagai pemimpin selain dari Allah, maka sesungguh nya
rugilah ia, satu kerugian yang nyata.
120. Ia beri perjanjian
kepada mereka, dan ia lalaikan mereka, padahal syaitan tidak janjikan kepada
mereka melainkan tipuan.
121. Mereka itu tempat kembali
mereka ialah dijahanam, dan merka tidak akan dapat lari daripada nya.
122. Dan orang-orang yang
beriman dan beramal soleh itu, kami akan
masukkan mereka ke syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, didalam
keadaan kekal padanya, selama-lama nya sebagai satu perjajnian Allah yang
sunguh-sungguh kerana bukankah tidak ada yang terlebih benar omongan nya
daripada Allah ?
123. Bukan angan-angan kamu dan bukan angan-angan ahli kitab, barang
siapa mengerjakan kejahatan ia akan dibalas dengan itu, dan tidak akan ia dapat
selain dari Allah, seorang pun pengurus dan tidak seorang pun penolong.
124. Dan barang siapa
mengerjakkan kebaikan-kebaikan dari laki-laki atau perempuan, pada hal ia
mukmin maka mereka itu akan masuk syurga, dan tidak akan dianyanyai mereka
(walau pun) sedikit.
125. Dan sesungguhnya yang lebih bagus agamanya daripada orang yang
menyerahkan dirinya kepada Allah pada hal ia berbuat kebaikan dan ia menurut
agama Ibrahim yang ikhlas ? lantaran
Allah telah jadikan Ibrahim itu kekasih nya.
126. Dan kepunyaan Allah lah
apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa yang dibumi, dan adalah Allah itu
melewati tiap-tiap suatu.
127. Dan mereka akan minta
keterangan kepada mu ditentang perempuan-perempuan. Katakan lah; “Allah akan
memberi keterangan kepada kamu ditentang mereka, dan (juga) apa-apa yang
dibacakan kepada kamu didalam kitab (ini)
ditentang anak-anak yatim
perempuan yang kamu tidak mahu berikan kepada mereka apa yang diwajibkan
untuk mereka, pada hal kamu suka bernikah dengan mereka dan (bagitu juga)
ditentang anak-anak yang lemah, pada hal (kalau) kamu urus anak-anak yatim itu
dengan adil, dan (kalau) kamu kerjakan apa-apa kebaikan, sesugguhnya adalah
Allah itu mengetahui akan dia.
128. Dan jika seorang
perempuan takut (terbit) dari suaminya kebencian atau perpalingan, maka tidak
mengapa atas mereka berdua membikin satu perdamaian antara mereka berdua,
kerana perdamaian itu baik, pada hal hati-hati (manusia) itu diberi perangai
kikir, tetapi jika kamu berbuat baik dan kamu berbakti, maka sesungguhnya
adalah Allah itu amat mengetahui apa yang kamu kerjakan.
129. Dan kamu tidak akan
bisa adil (betul-betul) diantara
perempuan-perempuan, walau pun kamu mahu sungguh-sungguh, lantaran itu,
janganlah kamu condong secondong-condong nya, hingga kamu tinggalkan seorang
perempuan sebagai satu benda yang tergantung, pada hal jika kamu berbuat damai
dan kamu pelihara diri kamu, maka sesungguhnya adalah Allah itu pengampun,
penyayang.
130. Dan jika mereka berdua
berpisah, maka Allah akan cukupkan tiap-tiap (seorang) dengan kurnia nya, kerana
adalah Alah itu luas (kurnia nya), bijaksana.
131. Dan bagi Allah lah
apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa di bumi, dan sesungguhnya kami telah pesan kepada mereka yang diberi kitab dahulu
daripada kamu dan (juga kepada) kamu, “hendaklah kamu berbakti kepada Allah,
kerana jika kamu kufur, maka sesungguhnya bagi Allah lah apa-apa yang
dilangit-langit dan apa-apa yang dibumi,
dan adalah Allah itu kaya, terpuji”.
132. Dan bagi Allah lah
apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa
yang dibumi, dan cukuplah Allah sebagai pengawal.
133. Jika ia kehendaki,
nescaya ia hampuskan kamu, hai manusia !
dan ia akan adakan orang-oang
lain, kerana adalah Allah, atas yang demikian itu, amat berkuasa.
134. Barang siapa mahu
ganjaran dunia, maka disisi Allah ada ganjaran dunia dan akhirat, dan adalah
Allah itu pendengar, pengelihat.
135. Hai orang-orang yang
beriman ! jadilah manusia yang mendirikan keadilan, yang jadi saksi kerana
Allah, walau pun atas diri-diri kamu atau dua ibubapa (kamu) dan keluarga
(kamu) yang hampir jika ia kaya atau pakir, maka Allah lebih hampir kepada
mereka berdua. Lantaran itu, janganlah kamu turut hawa, sebab dikuatiri kamu
akan berpaling (dari kebenaran), kerana
jika kamu putar persaksian atau kamu berpaling, maka sesungguhnya adalah Allah
itu amat mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.
136. Hai orang-orang yang
beriman ! berimanlah (sunguh-sungguh) kepada Allah dan rasulnya dan (kepada)
kitab yang ia telah turunkan aas rasulnya dan (kepada) kitab yang ia telah
turunkan dahulu, kerana barang siapa tidak percaya kepada Allah dan melaikat dan kitab-kitab nya dan rasul-rasul nya dan hari kemudian, maka sesungguhnya
sesatlah ia satu kesesatan yang jauh.
137. Sesungguhnya orang yang
beriman, kemudian kufur, kemudian beriman, kemudian kufur, kemudain bertambah
kekufuran mereka, Allah tidak akan beri ampun bagi mereka dan tidak akan ia
unjuk kan bagi mereka satu jalan.
138. Khabarkan lah kepada
orang-orang itu bahawa adalah bagi mereka
azab yang pedih.
139. (ialah munafik-munafik) yang mengambil
kafir-kafir sebagai ketua, tidak mukmin. Apakah mereka cari kemuliaan disisi
mereka (yang kafir) itu pada hal sesungguhnya sekelian kemuliaan itu adalah
bagi Allah?.
140. Dan sesungguhnya ia telah turunkan atas kamu didalam kitab ini;
“bahawa apabila kamu dengar ayat-ayat Allah, tidak dipercayai dan
diperolok-olok, maka jangan lah kamu duduk berserta mereka, hingga mereka masuk
didalam golongan yang lain, kerana sesungguhnya kamu, diwaktu itu, serupa
mereka”. Sesungguhnya Allah akan kumpulkan orang-orang munafik dan kafir
sersama-sama jahanam.
141. (mereka itu ialah)
orang-orang yang menunggu-nungu (perubahan) atas kamu, iaitu jika kamu dapat kemenangan
dari Allah, mereka berkata; “bukan kah kami berserta kamu?” dan jika
orang-orang kafir dapat bahagian (baik), mereka berkata; “bukankah kami telah
mengetahui kamu dan telah memalingkan kamu daripada kaum mukmin?” lantaran itu,
Allah akan menghukum diantara mereka dihari kiamat, dan Allah tidak jadikan
satu jalan buat orang-orang kafir atas mukmin.
142. Sesungguhnya
orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah (balas) menipu mereka, dan
apabila mereka berdiri kepada sembahayang, berdirilah mereka dengan masa,
mereka unjuk-unjuk kan (amal mereka kepada) manusia, dan mereka tidak ingat
kepada Allah melainkan sedikit.
143. Hal keadaan mereka
terhayun antara itu, tidak kepada mereka itu dan tidak kepada mereka ini,
kerana barang siapa disesatkan oleh Allah, maka tidak akan engkau dapat satu
jalan (keselamatan) baginya.
144. Hai manusia yang beriman ! janganlah kamu
anggap orang-orang kafir itu sebagai ketua, pada hal bukan dari kaum mukmin !
Apakah kamu mahu adakan satu alasan yang terang bagi Allah buat (menghukum)
kamu ?
145. Sesungguhnya munafikin
itu ditingkatan yang paling bawah dari nereka, dan engkau tidak akan dapat bagi
mereka satu petolong.
146. Kesuali mereka yang
taubat dan betulkan (kesalahan-kesalahan) dan berpegang dengan (agama) Allah
dan ikhlas kan agama mereka kerana Allah, maka mereka ini berserta mukmin, dan Allah
akan beri kepada mukmin ganjaran yang besar.
147. Bukan kah Allah tidak
akan mengazabkan kamu, jika kamu syukur dan beriman ? kerana Allah itu pembalas
terima kasih, pengetahui.
[Previous Juzuk][Next Juzuk][Previous Site][Next Site] [Home] .
[Previous Juzuk][Next Juzuk][Previous Site][Next Site] [Home] .
No comments:
Post a Comment